Sunday, September 4, 2011

Suasana yang lain.

Hai, salam. Salam Aidilfitri. Hari ni dah raya ke-enam. Tapi aku rase macam dah raye ke-dua puluh enam -__- Mood raya sangat tak berasa tahon ni. Tak tau mane pergi mood mood raye yang meriah macam tahon tahon lepas tu lari membawa diri. Mmh, mood yang lari bawa diri ke aku yang lari bawa diri sekarang ._.

Tahon ni raya Terengganu. Meriah, meriah sangat. Sanak saudara ramai. Tapi ramai macam mane pon, jiwa aku yang tak tentu hala selama enam bulan ni masih ada dan aku masih layan jiwa ni. Ape ke kurang biijak aku ni. Raya kene lah ceria, happy dengan semue orang. Aku? Ceria ceria jugak. Tapi kadang kadang ade jugak unsur ceria yang dibuat buat ataupun dinamakan ceria hipokrit.

Aku sempat pohon maaf kat 'sahabat' sorang ni time malam raya. Menanges nanges jugak lah time nak type mesej tu. Tu baru type, belom sent. Dasar cengeng. Walaupun die tak reply, aku tak kesah. Yang penting aku dah lepas nak mintak maaf kat die. Tapi lagi menusuk kalbu bile pagi raye tengok kat dapor tokwan ade makanan yang die suke. Wuwuwuwuwu u_u Menanges tak berlagu gua pagi tu. Cascas mata masok habok, padahal air terjun dari mate nak turun bergelen.


Okay, tutup cerita raye ketat ketat. Aku dah mati akal pasal raye ni sebab mood raye tidok ade. Maybe takde mood pasal rindukan 'sahabat' and dapat cuti raya seminggu je pahtu dah trial. Demmmmm Y_Y


 Rumah dah kembali sunyi. Syamer dah masok belajar balek hari ni. Tapi kali ni die pergi lebih jaoh. Lebih jaoh dari dulu. Dulu die belajar cuma sekangkang kera dari rumah, kat KUIS je. Sape tak tahu KUIS tu ape, dok diam diam. Tapi sekarang die pergi jaoh siket. Bukan sekangkang kera dah, tapi sekangkang ular. Copp, ular boleh kangkang keee -___-  Die sambong belajar kat UIA Gombak.

Semue dah pegi sambong belajar. Syamer lah, eya lah, kakak lah. Aku? Aku masih berada di tingkatan lima. Belom tempuhi spm yang bakal  m e n j e l m a . Aku ni macam taknak fikir masa depan pulak D: Mmh, besok dah isnin. Besok kepada isnin dah selasa. Kenape dengan selasa? Ohh, selasa kite dah start trial spm. Peaceeeeeee n_n

Aku masih seperti biase. Aku masih dalam keadaan macam nak hadap ujian bulanan yang biase biase je. Kalau ujian biase, kau boleh lah nak panjangkan leher dok intai jawapan orang seblah. Ni trial kak. TRIAL. Meja akan berjauhan dengan jiran seblah sejaoh 1km. K, tipu ._. Proses leher panjang, kenyit kenyit mata bagi jawapan, buat bahase isyarat kat kepala mungkin tak dapat dilakukan dengan lancar. Ahhh, cobaan T_T

Ape aku nak jawab time addmath dengan math nanti? Wuwuwuwuwuw n_n Dua subject yang menikam aku bertubi-tubi. BM pon aku baru habes bace Interlok. Bagos kan bagos kan? Budak tak sedar nak spm aku ni. Elok hentak kepala kat meja, baru nak ade akal agoknye. Hahhhh!

Nampak tak title aku kali ni macam tak masok dengan ape yang aku dok cerite. Naahhhh, jangan persoalkan bende yang aku tak pasti macam ni T___T Bye, migrain aku maken rancak bermain di kepala ku.